Baru Kenal Di Media Sosial Dah Berani Jumpa Di Hotel, Cadar Ada Kesan Tompok Darah

Baru Kenal Di Media Sosial Dah Berani Jumpa Di Hotel, Cadar Ada Kesan Tompok Darah

Oh! Tidak

Pasangan baru kenal di media sosial ditahan khalwat di hotel daerah Segamat, Johor.


Di Segamat Johor, pasangan kekasih berusia 20an ditangkap khalwat ketika sedang berdua-dua di sebuah bilik hotel.

Memetik laporan di Facebook penguatkuasa JAINJ, lelaki berstatus bujang tinggal dan bekerja di daerah itu.

Pelajar kolej datang ke Segamat bertemu kekasih

Manakala kekasihnya bukan berasal dari Segamat dan merupakan seorang penuntut di sebuah kolej di negeri lain.

Menurut penguatkuasa, mereka mengetuk pintu bilik sebelum ia dibuka oleh seorang wanita berpakaian seluar panjang dan t-shirt lima minit kemudian.

Wanita itu cuba menutup pintu semula apabila menyedari kedatangan penguatkuasa namun gagal. Di dalam bilik, seorang lelaki ditemui sedang duduk di atas lantai.

Hasil pemeriksaan di almari, penguatkuasa menemui sebuah beg berisi baju wanita. Bilik itu juga ditempah atas nama wanita terbabit selama dua hari.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada si lelaki sudah berada di bilik itu dari hari pertama atau hanya pada hari kejadian.

Penguatkuasa temui tompokan darah di cadar

Pasangan Khalwat Hotel

Lebih mengejutkan, mereka baru je berkenalan di media sosial dan merancang bertemu di daerah terbabit.

Tak cukup dengan itu, pemeriksaan juga menemui tompokan darah sebesar syiling 50 sen di atas cadar hotel.

Walaupun wanita itu mendakwa tiada perancangan untuk melakukan maksiat, tindakan mereka tetap disiasat kerana berdua-duaan tanpa hubungan sah.

Pasangan tersebut akhirnya dibawa ke pejabat penguatkuasa untuk tindakan lanjut.

Pssttt! Bila hanya kenal di media sosial tapi berani terus jumpa di hotel, inilah risikonya. Selain membuka pintu fitnah, keselamatan diri pun jadi taruhan. Insiden ini seharusnya jadi pengajaran supaya kita lebih berhati-hati dan tidak terjebak dalam situasi yang boleh merugikan diri sendiri.

Kredit: Facebook Penguatkuasa JAINJ 2025
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top