Oh! Artis
Maiya mualaf seminggu terima teguran penampilan tidak menutup aurat hingga cetus perbalahan netizen.
Korang pernah tak rasa semua orang tiba-tiba letak harapan tinggi dekat kita walaupun kita baru je mula sesuatu. Itu lah yang berlaku dekat Maiya, kekasih kepada pelakon Ben Amir selepas dia memeluk Islam baru seminggu.
Belum sempat sesuaikan diri, dia dah jadi tumpuan gara-gara penampilan yang dikatakan tidak menutup aurat.
Luahan Maiya di media sosial…
Maiya atau kini dikenali sebagai Liana Alana meluahkan rasa terkejut apabila ramai yang mula mengharapkan dirinya jadi muslimah sempurna hanya selepas tempoh singkat bergelar mualaf.
Baru seminggu masuk Islam dan nampaknya orang dah mengharapkan saya jadi versi lengkap, naik taraf penuh, macam dah 100% siap.- Katanya.
Luahan tersebut dikongsikan melalui Thread miliknya dan difahamkan dibuat selepas menerima mesej daripada individu yang menegurnya tentang aurat.
Teguran itu menyebut bahawa sebagai seorang Muslim, dia tidak seharusnya mendedahkan aurat.
Liana, rambut itu aurat. Awak tak boleh dedah aurat kalau dah peluk Islam.- Tulis individu tersebut.

Walaupun ada teguran, ramai juga yang tampil dengan nada positif meminta Maiya supaya tidak ambil hati. Mereka berharap dia dapat belajar secara perlahan dan menikmati proses tanpa tekanan. Ramai percaya perubahan ke arah kebaikan memerlukan masa dan bukan paksaan.
Untuk rekod, pada 10 November lalu Maiya ditemani Ben atau Muhammad Amir Sabaruddin, 35, hadir ke pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur untuk melafazkan dua kalimah syahadah.
Pssttt! Bila seseorang baru saja memeluk Islam, mereka bukan sahaja perlukan tunjuk ajar, tapi juga ruang dan masa untuk belajar. Perubahan tidak berlaku sekelip mata, jadi sama-sama kita sokong dan doakan supaya perjalanan iman mereka lebih tenang dan ikhlas.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




