“Baru Seminggu Masuk Islam…” – Kekasih Ben Amir Terkejut Ditegur Suruh Tutup Aurat Sepenuhnya

“Baru Seminggu Masuk Islam…” – Kekasih Ben Amir Terkejut Ditegur Suruh Tutup Aurat Sepenuhnya

Teman wanita kepada pelakon, Ben Amir iaitu Maiya atau nama Islamnya, Liana Alana ditegur oleh individu untuk memakai hijab bagi menutup auratnya sebagai wanita beragama Islam.

Menerusi platform Threads, Liana yang baru sahaja memeluk agama Islam pada minggu lalu seakan terkejut apabila menerima kiriman mesej sedemikian.

“Baru seminggu masuk Islam, tapi macam dah kena jadi versi ‘upgrade penuh’, lengkap 100 peratus semuanya,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat buat Liana sekaligus mendoakan agar perjalannya dalam mengenali agama Islam lebih mendalam akan dipermudah oleh-Nya.

Artikel Berkaitan: Kekasih Ben Amir Perkenal Nama Liana Alara – “Ia Membawa Maksud Baru, Kedamaian & Cahaya”

Scroll to Top