“Baru Tiga Bulan Kenal, Ain Hari-Hari Ajak & Paksa Kahwin” – Suami Ain

“Baru Tiga Bulan Kenal, Ain Hari-Hari Ajak & Paksa Kahwin” – Suami Ain

Pelakon dan pengacara, Ain Edruce berkongsikan detik awal perkenalannya dengan suami, Amirul yang kemudian membawa mereka ke perkahwinan.

Menerusi satu podcast, Ain berkongsikan perkenalan mereka secara tidak sengaja apabila Amirul menegurnya menerusi mesej di Instagram memuji anting-anting dipakainya.

BACA: Selamat Lahirkan Anak Kedua, Ain Edruce Minta Suami Belikan Beef Wellington

“Awalnya Amirul tegur dekat Instagram, dia DM kata anting-anting saya cantik. Kemudian kami mula mesej dan kenal-kenal. Lepas tu baru kami keluar berjumpa,” katanya.

Lebih menghiburkan apabila Amirul mendedahkan baru saja tiga bulan mereka berkenalan Ain sudah bertanya mengenai soal kahwin.

“Dia (Ain) baru tiga bulan kenal dah tanya bila nak kahwin, hari hari tanya, ajak kahwin. Hari-hari paksa kahwin. Dari tak ada niat pun, niat tu datang sendiri,” katanya.

Ain mendirikan rumah tangga dengan Amirul pada Disember 2019. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Soraya dan Shaziman.


Scroll to Top