Pagi tadi kita digemparkan dengan tragedi menyayat hati apabila sebuah bas yang membawa pelajar UPSI terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Raya Timur-Barat, berhampiran Tasik Banding, Gerik.
Insiden tersebut mengorbankan 15 nyawa dan meninggalkan kesan mendalam kepada seluruh negara.
Polis dedah bas hilang kawalan, langgar belakang MPV…
Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, siasatan awal mendapati bas berkenaan melanggar bahagian belakang sebuah Perodua Alza sebelum hilang kawalan dan terbabit dalam kemalangan tragik.
Keadaan lokasi kejadian di Lebuh Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik itu agak berliku, menurun dan gelap yang mengundang pelbagai kemungkinan punca kemalangan.- Katanya dalam satu sidang media di Ipoh.
Bas tersebut dilaporkan membawa seramai 42 penumpang termasuk pemandu dan kelindan. Kesemua pelajar berusia antara 21 hingga 23 tahun, dan berasal dari Pantai Timur.
15 pelajar terbunuh, bedah siasat ambil masa…
Difahamkan, bas berkenaan bertolak dari Jerteh, Terengganu sekitar jam 9 malam sebelum kejadian tragis itu berlaku. Keadaan lokasi yang gelap serta berbukit dipercayai menjadi faktor yang menyukarkan kawalan kenderaan.
Bedah siasat dijangka akan mengambil masa lama untuk selesai kerana melibatkan jumlah kematian yang ramai.- Kata Hisam lagi.
Sebelum ini, media tempatan melaporkan bahawa sebanyak 15 mangsa disahkan maut dalam kemalangan yang membabitkan bas dan MPV Perodua Alza itu, menjadikan ia antara tragedi jalan raya terburuk tahun ini.
Pssttt! Tragedi ini bukan sahaja menyentuh emosi seluruh rakyat Malaysia, malah menjadi peringatan penting kepada semua pihak agar lebih berhati-hati ketika memandu di kawasan berisiko tinggi. Kepada pengendali pengangkutan awam, pastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan pemandu mendapat rehat secukupnya. Takziah kepada semua keluarga mangsa. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!