Bas bawa penuntut UPSI tiada kamera papan pemuka

Bas bawa penuntut UPSI tiada kamera papan pemuka

mhafis@mediaprima.com.my

Ipoh: Siasatan awal polis bas membawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tidak dilengkapi kamera papan pemuka.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, pemeriksaan ke atas bas yang terbabit dalam kemalangan itu mendapati ia tidak dilengkapi dengan kamera papan pemuka.

“Kita juga akan merujuk kes ini dengan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JP).

“Siasatan masih berjalan dan sama ada ada rekod saman atau tidak juga masih dalam siasatan,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, semakan juga mendapati bas persiaran itu didaftarkan di Kedah.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top