#BASS Dijangka Curi Trofi Couple Goals AMT2025? Syed Saddiq & Bella Astillah Diramal Menang Besar!

#BASS Dijangka Curi Trofi Couple Goals AMT2025? Syed Saddiq & Bella Astillah Diramal Menang Besar!

Fenomena pasangan sensasi Syed Saddiq dan Bella Astillah atau lebih dikenali sebagai BASS, terus mencuri tumpuan menjelang malam kemuncak Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025).

Berbeza dengan sesetengah gandingan selebriti yang sering mengundang kecaman, pasangan ini sebaliknya menerima limpahan sokongan peminat yang menggelarkan mereka sebagai ‘vitamin BASS’ iaitu simbolik kepada aura positif, semangat santai dan keserasian mereka yang cukup menghiburkan.

Turut tercalon dalam kategori Selebriti Couple Goals Terhangat, pasangan BASS bakal berentap dengan nama-nama besar seperti Fattah & Amira, Syafiq & Mimi, Dini & Janna, serta Nabil & Ayda. Namun, kemesraan dan gurauan spontan antara YB dan Bella jelas menjadi ‘X-factor’ yang membezakan mereka.

Keharmonian yang terjalin antara dua figura daripada latar dunia berbeza politik dan hiburan menyaksikan kombinasi luar biasa ini seolah-olah melodi yang bertemu harmoni.

Mereka bukan saja serasi di mata, bahkan dilihat saling melengkapi, seolah ditakdirkan bertemu tepat pada masanya.

Tak hairanlah jika kehadiran mereka mencetus fenomena, hingga berjaya menempatkan diri sebagai antara calon paling menonjol untuk kategori terbabit.

Kini, segala-galanya terletak di tangan peminat, adakah BASS bakal mencipta sejarah dan merangkul kemenangan pertama mereka?

Jangan lepaskan detik penuh debaran ini pada 3 Ogos 2025, hanya di Anugerah Melodi Terhangat 2025 sebuah malam yang menjanjikan prestij, sensasi dan bakat luar biasa dalam dunia hiburan tanah air.

#AnugerahMelodiTerhangat #AMT2025

Scroll to Top