
Tze Yong terpaksa menarik diri daripada pusingan pertama Terbuka Malaysia sementara Zii Jia terpaksa direhatkan susulan tidak berada dalam keadaan sihat. – Gambar Bernama
KEM badminton negara dilanda khabar sedih apabila dua pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong disahkan mengalami kecederaan pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 pada Jumaat.
Tze Yong yang diturunkan pada perlawanan pertama suku akhir menentang lawan dari Singapura Jason Teh, hanya bertahan kira-kira tiga minit sebelum terpaksa menarik diri dipercayai mengalami kecederaan belakang sekali lagi seperti dilaluinya ketika Terbuka Malaysia bulan lepas.
“Saya rasa masih ada sakit jadi belum pulih 100 peratus lagi. Pemain juga tidak mahu cedera, tidak baik. Saya cuma nak cepat sembuh sahaja,” katanya kepada pemberita di Pusat Konvensyen Setia City di sini pada Jumaat.
Sementara itu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi hantaran di Instagram rasmi persatuan memaklumkan Tze Yong dibawa menjalani pemeriksaan imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) selepas membantu Malaysia menewaskan Brunei 5-0 pada Selasa lepas (13 Feb) belum mencapai tahap kecergasan 100 peratus.



