Kalau sebut pasal satay, memang tak sah kalau tak terbayang aroma daging dibakar atas arang dengan bau yang cukup menggoda.
Kini, satu lagi port menarik untuk pencinta satay telah dibuka apabila Satay Putera hadir dengan gerai khas di IOI City Mall, membawa pengalaman menikmati satay klasik Malaysia dalam suasana santai dan meriah.
Kehadiran gerai ini bukan sahaja menarik perhatian pengunjung yang datang membeli-belah, malah menjadi lokasi pilihan untuk mereka yang mencari tempat makan petang atau makan malam dengan suasana yang lebih relaks.
Dibakar fresh sebelum dihidang
Pengunjung boleh menikmati hidangan satay yang dibakar segar dengan aroma menggoda, dihidangkan bersama kuah kacang pekat serta nasi impit yang melengkapkan rasa.
Setiap cucuk satay disediakan dengan teliti dan dibakar secara ‘fresh’, memastikan tekstur yang lembut di dalam dan sedikit rangup di luar.
Ditambah pula dengan kuah kacang yang pekat dan cukup rasa, memang lengkap pengalaman menikmati satay seperti yang kita biasa nikmati di gerai-gerai lagenda.
Kenapa Satay Putera?

Apa yang membezakan Satay Putera adalah rasa yang masih mengekalkan elemen ‘authentic’. Tidak kira sama ada ayam atau daging, setiap hidangan memberikan rasa klasik yang dekat dengan citarasa rakyat Malaysia.
Ini menjadikan ia pilihan yang sesuai untuk semua peringkat umur, dari kanak-kanak hingga orang dewasa.
Terletak di kawasan West Garden, Satay Putera menawarkan ruang santai untuk pengunjung meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dari petang hingga malam.
Kawasan ini terkenal dengan suasana terbuka yang luas, bersih dan selesa, menjadikannya tempat yang ideal untuk menikmati makanan tanpa perlu bersesak di dalam pusat membeli-belah.
Ia merupakan peluang terbaik untuk menikmati juadah tempatan dalam suasana terbuka yang selesa. Butiran kempen seperti berikut:
Lokasi: IOI City Mall, West Garden
Tarikh: 4 April – 31 Mei 2026
Masa: 4:00PM – 11:00PM
Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.




