'Baucar beli-belah RM5,000 ini rezeki anak'

'Baucar beli-belah RM5,000 ini rezeki anak'

suliati@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Ganjaran Lebih Bermakna, Lebih Nilai Dengan PETRONAS!

Bersesuaian dengan temanya, Kempen Ganjaran Lebih Bermakna anjuran PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) bukan hanya mengenai hadiah ditawarkan, tetapi bagaimana setiap ganjaran itu mampu memberi nilai tambah dalam kehidupan seharian pengguna.

Terbaharu, suasana di AEON Taman Maluri, Kuala Lumpur bertukar ceria apabila tujuh pemenang bertuah kempen berkenaan dirai.

Tujuh pemenang itu masing-masing menerima hadiah utama berupa baucar beli-belah bernilai RM5,000 serta 250,000 mata ganjaran Mesra Rewards sebagai tanda penghargaan kepada kesetiaan mereka terhadap jenama PETRONAS.

Bagi pemenang, kemenangan itu sekadar rezeki yang tidak disangka, tetapi hadiah yang cukup bermakna kerana menerusi baucar beli-belah itu, mereka boleh menggunakannya untuk pelbagai keperluan.

Ganjaran seperti ini dianggap bukan sekadar hadiah, tetapi membantu meringankan beban perbelanjaan harian.

Pegawai bank, Wan Fazrul Wan Bulkarin, 40, tidak menyangka diumum antara pemenang hadiah utama Kempen PETRONAS, Ganjaran Lebih Bermakna dan memenangi baucar beli-belah RM5,000.

Katanya, pada mulanya dia menyangka panggilan diterima adalah satu penipuan atau scam namun perasaan syak wasangka itu hilang selepas menerima e-mel dan panggilan pengesahan daripada pihak PDB.

“Saya memang dari dulu isi minyak di PETRONAS. Setiap bulan saya peruntukkan lebih kurang RM500 untuk petrol sebab banyak berulang-alik urusan kerja.

“Selain itu, setiap kali ada peraduan atau kempen terbaharu, saya sertai sebagai sokongan namun tidak pernah terlintas untuk menang apa-apa.

“Jadi bila menang baucar beli-belah RM5,000 ini, saya anggap rezeki anak,”katanya yang mempunyai lima anak.

Wan Fazrul berkata kemenangan itu juga sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga, terutama untuk persiapan persekolahan anak-anak.

“Buat masa ini, saya belum ada perancangan untuk gunakan baucar ini tetapi mungkin untuk keperluan sekolah nanti.

“Buat masyarakat diluar sana, teruslah mengisi minyak di PETRONAS dan guna aplikasi Setel. Selain senang dan berbaloi, pelbagai ganjaran dan hadiah boleh dimenangi,” katanya.

Pegawai pergigian, Muhammad Fazlin Hussein Tajul Arifin, 33, bersyukur dan menganggap kemenangannya itu rezeki daripada Allah dan satu pengalaman yang amat bermakna.

“Sebagai pelanggan setia PETRONAS sejak 2016, saya sangat bersyukur kerana daripada 36 juta rakyat Malaysia, saya terpilih untuk menerima hadiah ini.

“Sejujurnya, baucar beli-belah bernilai RM5,000 ini cukup besar dan sangat membantu.

“Insya-Allah, baucar RM5,000 ini saya akan gunakan untuk membeli barang runcit rumah dan sedikit untuk barangan elektronik,” katanya.

Menurutnya, dia memilih PETRONAS kerana ingin menyokong syarikat minyak tempatan selain kemudahan aplikasi Setel yang mesra pengguna memudahkan proses pengisian minyak.

“Teruslah menggunakan PETRONAS kerana selain kemudahan dan kualiti perkhidmatan, ia juga memberi berpeluang kepada pelanggan merasai pengalaman seronok memenangi pelbagai ganjaran,”katanya.

Lazidah Zuhdi Mahmud Zahudi, 58, ibu yang hadir mewakili anaknya, Anis Dalila Zuhdi Ahmad Saipuddin, 27, bersyukur atas kejayaan anaknya dan menganggap kemenangan itu sebagai balasan terhadap keikhlasan serta kasih sayang anaknya yang sentiasa mendahulukan keluarga.

“Anis adalah seorang anak yang ringan tulang dan pemurah. Setiap bulan, dia akan isikan minyak kereta ayahnya, membelikan barang dapur dan membantu adik-adiknya di asrama. Semua yang dibuat tanpa disuruh.

“Apabila kami memberinya wang dia menolak dan hanya berkata rezeki yang dia peroleh memang untuk mak, ayah dan keluarga,” katanya.

Menurutnya, walaupun Anis tidak dapat hadir kerana ada tuntutan kerja, kemenangannya itu tetap diraikan seisi keluarga sebagai tanda keberkatan dan balasan terhadap keikhlasan anaknya itu.

Ketua Bahagian Strategi Pemasaran dan Komunikasi, PETRONAS Dagangan Berhad, Cheok Yen Kwan berkata, pelanggan adalah keutamaan pihaknya.

Katanya, matlamat PDB adalah untuk memastikan setiap pelanggan merasai apa yang kami perjuangkan iaitu pengalaman perjalanan yang lebih senang, lebih mudah dan lebih ganjaran.

“Ketika merancang kempen ini, kami mahu menjadikan aktiviti isi minyak harian sesuatu yang lebih menarik kerana walaupun dengan hanya mengisi minyak, pelanggan boleh nikmati ganjaran lebih besar.

“Ganjaran Lebih Bermakna ini dijalankan dalam dua fasa. Fasa pertama berlangsung dari bulan Jun hingga Ogos, manakala fasa kedua yang baru sahaja kita tamatkan, berlangsung dari 1 September hingga 31 Oktober 2025 yang terbuka kepada semua ahli Mesra Rewards serta pelanggan baharu.

“Hari ini, kita meraikan tujuh pemenang baucar barangan runcit bernilai RM5,000 dan 250,000 mata ganjaran Mesra Rewards bersamaan RM2,500.

“Kami berharap ganjaran ini sedikit sebanyak dapat membantu urusan harian para pemenang dan menjadikan perjalanan lebih berbaloi dengan PETRONAS sebagai stesen pilihan mereka,” katanya.

Yen Kwan berkata, kempen itu juga mencerminkan komitmen PETRONAS untuk terus memberikan nilai, kemudahan dan inovasi di lebih 1,000 stesennya di seluruh negara.

“Semua ini menjadi lebih mudah dengan aplikasi Setel iaitu platform mobiliti generasi baharu kami yang membolehkan pengguna mengisi minyak, membuat pembayaran, menebus mata ganjaran dan menikmati pelbagai perkhidmatan lain hanya di hujung jari.

“Di PETRONAS, kami komited mengekalkan kepercayaan pelanggan dengan sentiasa menawarkan produk berkualiti dan pelbagai perkhidmatan, berasaskan budaya ‘Pelanggan Didahulukan’,” tambah beliau.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top