Final rancangan realiti nyanyian Famili Duo yang berlangsung pada Ahad lepas masih lagi terasa bahangnya dengan kemenangan tempat pertama diraih oleh anak-anak bujang penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah iaitu, Yamani Abdillah dan Zaki Yamani.
Kehadiran bapa mereka yang menyaksikan pasangan adik beradik itu merentap bagi merebut hadiah kemenangan iaitu wang tunai berjumlah RM100,000 menjadi pemangkin buat mereka untuk juara.
Apa yang menjadi perhatian ramai sudah tentu ibu masing-masing yang turut hadir memberikan sokongan saban minggu buat dua penyanyi ini.
Dalam satu perkongsian yang dibuat pengguna TikTok dikenali sebagai @eijasignature, pasangan adik beradik tersebut telah meraikan kemenangan di kedai mamak bersama ibu-ibu mereka.
@eijasignature Semoga ukhuwah ini kejal smpi jannah❤️🥰😍 #zakiyamani #yamaniabdillah #yamanibrothers #theyamanis #zakiyamanilovers #yamaniabdillahfc #familiduotv3 #champio #fyp
♬ Pelukan Angkasa (feat. Shila Amzah) – Sekumpulan Orang Gila
Dapat dilihat mereka begitu gembira dengan memotong kek dan bertepuk tangan menandakan betapa gembiranya apabila usaha keras selama ini berhasil.
Lebih membahagiakan adalah hubungan kekeluargaan kembali erat seperti mereka diwaktu kecil dahulu selepas lama terpisah memandangkan mereka tidak tinggal bersama.
Perkongsian tersebut telah menuai pelbagai komen daripada warganet yang rata-rata terharu dengan momen keluarga tersebut.
Mereka juga memuji ibu-ibu kepada pasangan penyanyi itu kerana tetap ada bersama anak mereka sehingga mereka mencapai salah satu kejayaan dalam karier.
Untuk makluman, Yamani adalah hasil perkahwinan Jamal dengan Noraina Mohd Yusof manakala Ahmad Zaki adalah daripada perkahwinan ketiganya dengan Fatimatuzahrah Samad.
Sumber: TikTok @eijasignature