“Dah-dah lah tu, tinggalkan untuk orang belakang sikit…” – Netizen
Macam-macam ragam peminat fanatik yang kita dapat lihat apabila mereka terjumpa idola kegemaran terpampang di tempat awam seperti pusat beli belah.
Baru-baru ini, sebuah video berdurasi 33 saat tular di media sosial, memaparkan sekumpulan anak muda berkerumun di sebuah booth bar coklat jenama terkemuka, SNICKERS dalam kawasan pusat membeli-belah.
Menurut sumber, pemuda-pemuda tersebut dikatakan adalah peminat tegar salah seorang daripada ahli kumpulan K-Pop terkenal, SEVENTEEN, iaitu MINGYU, yang merupakan duta rasmi SNICKERS.
Dikatakan, terdapat banyak standee MINGYU menghiasi booth jenama bar coklat tersebut, membuatkan para peminat berkerumun mengambil gambar dan video untuk dijadikan bahan kandungan di media sosial.
Ramai Berebut Ambil Perisa Baru, Tak Sabar Nak Cuba
Selain daripada bergambar dan merakam video bersama standee MINGYU, dikatakan kekecohan tersebut berlaku juga disebabkan para peminat ingin borong SNICKERS perisa baru, Strawberi.
Untuk korang yang tak tahu, jenama bar coklat SNICKERS ini cukup digilai lapisan masyarakat tak kira peringkat umur disebabkan oleh rasa dan tekstur yang memuaskan.
SNICKERS mempunyai kombinasi bahan-bahan yang memberikan kepuasan menerusi kombinasi bahan-bahan seperti coklat susu, karamel, nougat, dan kacang tanah.
Jadi, disebabkan menerima sambutan yang cukup hangat, SNICKERS membuat keputusan dan hadir dengan perisa terbaru iaitu Strawberi.
Apa yang best dengan perisa baru ini adalah ia mempunyai rasa gabungan strawberi dan kacang yang lain daripada lain tau, paling penting perisa baru ini buat MINGYU terkesima!
Jadi, korang yang belum cuba lagi, jom cuba dan nikmati keasyikan gabungan rasa strawberi manis, karamel dan nougat berkrim, dengan padatan kacang tanah rangup, semuanya bersalut coklat susu yang sedap! Memang padu!
Dapatkan sekarang di mana-mana kedai runcit berdekatan! Psst, cepat sebelum peminat MINGYU borong sampai habis tau!
Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.




