Bawa sejambak bunga, netizen ‘tersentuh’ usaha Farid Kamil pujuk Diana Danielle

Bawa sejambak bunga, netizen ‘tersentuh’ usaha Farid Kamil pujuk Diana Danielle

Hari ini, berlangsungnya prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga pasangan selebriti selepas Farid Kamil enggan melafazkan cerai terhadap isterinya, Diana Danielle.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah tindakan pemilik nama Farid Kamil Zahari yang dilihat sangat romantis membawa sejambak bunga bagi memujuk isterinya sewaktu tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.

Difahamkan, Farid tiba kira-kira jam 9 pagi dalam keadaan tenang dan tersenyum sambil membawa sejambak bunga yang terdiri daripada mawar merah sebagai tanda perdamaian pertama.

“Bunga ini untuk Diana tanda perdamaian pertama,”katanya ringkas.

Melihat kepada kesungguhan pelakon filem Anwar: The Untold Story, diharapkan agar konflik yang dihadapi oleh pasangan merpati sejoli itu dapat menemui ‘sinar’ kebahagiaan dalam rumah tangga mereka demi anak-anak.

“Semoga ada sinar buat Farid Kamil dan Diana Danielle. Amin,”tulis xtra_my di ruangan hantaran kapsyen.
@xtra_my

Semoga ada sinar buat Farid Kamil & Diana Danielle 🤲🏻❤️ Amin #fyp #xtramy #faridkamil #dianadanielle #JKP #mahkamah #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Malah, warganet turut membandingkan usaha yang dilakukan oleh Farid Kamil dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof sewaktu menjalani proses JKP bersama ister pertama, Puteri Sarah Liyana yang juga seorang aktres.

Selain itu, mereka juga mendoakan agar urusan Farid Kamil dan Diana Danille dipermudahkan selain usaha aktor berusia 41 tahun membuahkan hasil.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari atas alasan sudah tiada persefahaman selain berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Malah, Farid juga dihalang daripada memasuki rumahnya sejak awal Mac lalu sehingga tidak dapat bertemu dengan dua anak mereka.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan Muhammad, 9, dan Nur Aurora yang kini berusia enam tahun.

Sumber: TikTok @xtra_my