Bawa Watak Wanita Tua, Che Ta Nafi Nak Berlakon Jadi Cantik Saja

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Sudah 15 tahun bergelar pelakon, pelakon cantik Rozita Che Wan kecewa apabila digugurkan oleh sebuah produksi selepas ada pengarah tidak yakin dia mampu membawa watak wanita biasa.

Hairan dengan perkara itu, Che Ta berkata dia pernah membawa watak pengemis dalam telefilem Dosa Siapa pada 2011 sehingga tersenarai Top 5 kategori Pelakon Drama TV Wanita, Anugerah Skrin (ASK).

BACA: Sudah 47 Tahun, Che Ta Dedah Tak Pernah Minum Air Kosong

“Watak itulah yang meletakkan saya dalam senarai Top 5 kategori Pelakon Drama TV Wanita, Anugerah Skrin (ASK), suatu ketika dahulu.

“Sebelum itu, saya pernah berlakon dalam telefilem bersama Fauzi Nawawi. Dalam cerita itu, saya membawa wanita isteri yang dilacurkan suami sehingga dijangkiti HIV/AIDS,” katanya kepada BH Online.

Disolek menjadi wanita tua yang hodoh dalam telefilem My Future Husband yang turut dibintangi Mira Filzah dan Amy Mastura, Che Ta menafikan dia hanya menerima watak wanita cantik sahaja.

“Sejak mencari rezeki dalam dunia lakonan, saya sentiasa berfikir di luar kotak dan sanggup mencabar diri dengan apa saja watak. Siapa kata saya nak berlakon jadi cantik saja? katanya.

Sementara itu, pengarah dan penerbit Haji Zeel telefilem tersebut ada memuat naik sedutan lakonan Che Ta. Rata-rata netizen teruja menonton lakonan pelakon itu serta memuji Che Ta tetap cantik walaupun membawakan watak wanita tua.