“Bayar Tax Ni Memang Sampai Mati” – Che Ta Muat Naik Bukti Resit Bayar Cukai LHDN RM50,000

“Bayar Tax Ni Memang Sampai Mati” – Che Ta Muat Naik Bukti Resit Bayar Cukai LHDN RM50,000

Pelakon dan usahawan sensasi, Rozita Che Wan memaklumkan dirinya sudah membayar cukai terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) berjumlah RM50,000.

Isteri kepada aktor Zain Saidin itu berkongsi perkara berikut menerusi satu hantaran di Instagram Story (IGs) miliknya yang memaparkan gambar resit bukti pembayaran.

“Selesai dah baki tahun lepas punya. Bayar ‘tax’ ini memang sampai mati weh. #LHDN,” katanya.

Sebelum ini, nama Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta ini hangat menjadi sebutan ramai selepas dia menerima notis isytihar bankrap yang disyaki dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam akibat gagal menjelaskan cukai LHDN.

Bagaimanapun, Che Ta menjelaskan dia tidak pernah terlepas daripada membuat pembayaran cukai melalui ejen dilantik.

Selain isu tersebut, Che Ta turut dikaitkan dengan isu berhutang dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) berjumlah RM1 juta selepas kediamannya diserbu, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Pelaksanaan Penghakiman Ditangguh, Che Ta Sudah Bayar MARA RM550,000

Scroll to Top