Pelawak Amir Raja Lawak memberitahu dia terpaksa menjual keretanya bagi mendapatkan wang berikutan masih belum menerima bayaran daripada stesen televisyen terkenal.
Menerusi perkongsian di Instagram, Amir berkata dia meluahkan rasa sedih apatah lagi banyak kenangan tercipta dengan kereta berkenaan serta berjasa kepadanya.
BACA: Amir Raja Lawak Sedia Terima Job, Boleh Bawa Watak Orang Cacat, Mangsa Dera

“Bayaran dari stesen televisyen masih belum dapat lagi, hari ini saya jual kereta untuk tampung apa yang patut. Ada juga terasa sedih sebab kereta ini, walaupun sekejap bersama saya, tetapi banyak kenangan dan jasa kepada saya,” katanya.
Sementara itu, Amir berkata kereta tersebut turut digunakan untuk berniaga namun terpaksa menjualnya kerana perlu menggunakan wang serta mengucapkan selamat tinggal pada kereta miliknya itu.
“Kereta ni juga ada ikut saya berniaga, merata kitorang bersama ke Johor, ke Perak, pergi niaga air tepi jalan
“Plan nak buat cantik-cantik nak pergi camping tapi tak kesampaian, ada benda yang lagi mustahak untuk saya buat dan terpaksa cairkan 1 aset ni.. Alhamdulillah. Selamat jalan proton juara ku,” tulisnya.
Terdahulu, Amir mendedahkan sebuah stesen televisyen terkenal masih belum melunaskan bayaran tertunggak berjumlah RM18,000 sejak tiga tahun lalu.
Menurutnya, jumlah yang perlu dibayar adalah RM23,000 namun pada awal tahun lalu dia hanya menerima RM5,000.




