BAYERN Munich semakin hampir untuk memecat pengendali pasukan itu Thomas Tuchel dan melihat Xabi Alonso sebagai penggantinya.
Tuchel telah mendapat kritikan teruk selepas Bayern ketinggalan lima mata di belakang Bayer Leverkusen yang dikendalikan Alonso dalam perebutan kejuaraan Bundesliga, dan tewas 0-1 kepada Lazio dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara.
Alonso tampil cemerlang membimbing Bayer Leverkusen ke tempat teratas dalam liga Jerman, dan dia telah dikhabarkan sebagai bakal pengganti Jurgen Klopp di Liverpool.
Tetapi, The Times melaporkan bahawa Bayern bersedia untuk menyertai perlumbaan untuk mendapatkan khidmat Alonso.



