Bayi disuntik vaksin COVID-19 secara tidak sengaja

Bayi disuntik vaksin COVID-19 secara tidak sengaja

MOSCOW: Seorang bayi berusia enam bulan di Chile, secara tidak sengaja telah disuntik vaksin COVID-19 jenis Sinovac keluaran China, menurut Sputnik memetik laporan 24 Horas, semalam.

Menurut laporan itu yang memetik kenyataan pihak berkuasa, bayi terbabit diberi vaksin berkenaan selepas dibawa oleh ibunya ke sebuah pusat kesihatan keluarga di komun Tirua dalam wilayah Bio Bio untuk mendapatkan suntikan vaksin mengikut peringkat umurnya.

Komun itu memaklumkan, pihaknya sudah memberi maklumat kepada semua pihak berkuasa berkaitan, dan mengambil segala langkah diperlukan bagi memantau keadaan bayi terbabit.

Setakat ini, bayi berkenaan dilapor tiada menunjukkan sebarang tindak balas negatif.

Siasatan berhubung insiden itu juga sedang dilakukan. – BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top