Bayi maut ditinggal 12 jam, makan lipas dan semut

Bayi maut ditinggal 12 jam, makan lipas dan semut
Bayi maut ditinggal 12 jam, makan lipas dan semut

Jurucakap Jabatan Perkhidmatan Mansyarakat Georgia mengesahkan bayi berusia 12 bulan yang maut itu terpaksa makan lipas dan semut berikutan kekurangan makanan di dalam rumah.

ATLANTA – Seorang wanita di Georgia berdepan enam pertuduhan penderaan kanak-kanak tahap kedua selepas didakwa meninggalkan enam kanak-kanak di rumah selama kira-kira 12 jam, termasuk seorang bayi yang dilaporkan meninggal dunia.

Menurut waran tangkap, suspek, Sherry Magby, 37, meninggalkan lima kanak-kanak berusia bawah lapan tahun di bawah pengawasan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, lapor Atlanta News First.

Dokumen itu menyatakan kesemua kanak-kanak berkenaan ditinggalkan tanpa makanan mencukupi serta dalam keadaan tempat tinggal yang tidak sesuai.

Kediaman tersebut turut dilaporkan berbau busuk dipercayai akibat keadaan tidak bersih selain setiap bilik berada dalam keadaan berselerak.

Jurucakap Jabatan Perkhidmatan Mansyarakat Georgia mengesahkan bayi berusia 12 bulan yang maut itu terpaksa makan lipas dan semut berikutan kekurangan makanan di dalam rumah.

Hubungan Magby dengan semua kanak-kanak berkenaan bagaimanapun tidak dapat dipastikan setakat ini.

“Kami amat berdukacita atas kehilangan kanak-kanak ini dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga.

“Kami akan terus bekerjasama sepenuhnya dengan pihak penguat kuasa undang-undang dalam menjalankan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Magby sebelum ini turut dijadualkan menghadapi perbicaraan bulan depan bagi satu lagi kes penderaan kanak-kanak berasingan, melibatkan dakwaan mencederakan belakang mangsa ketika cuba melarikan diri daripadanya. – Agensi 

Scroll to Top