Bayi maut selepas bot terlebih muatan, karam

Bayi maut selepas bot terlebih muatan, karam
Kejadian bot karam berlaku ketika bot pendatang yang penuh muatan menuju ke United Kingdom (UK) karam di luar pantai Perancis. (FOTO: AFP)
– Advertisement –

WISSANT: Pihak berkuasa maritim Perancis (FMA) pada Jumaat memaklumkan seorang bayi maut apabila sebuah bot pendatang yang penuh muatan menuju ke United Kingdom (UK) karam di luar pantai Perancis.

FMA yang bertanggungjawab ke atas Selat dan Laut Utara negara berkenaan turut menambah bahawa seramai 65 orang telah diselamatkan, namun seorang bayi ditemui tidak sedarkan diri dan telah diisytiharkan mati, lapor AFP.

– Advertisement –

“Pasukan penyelamat mendapati bot yang sarat dengan muatan sedang mengalami kesukaran dan beberapa orang berada di dalam air. 

“Pasukan penyelamat mula memulihkan orang yang dalam kesukaran. Pada masa yang sama pencarian lanjut dilakukan untuk mencari orang yang berkemungkinan terkandas di laut,” katanya dalam satu kenyataan.

Insiden terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan pendatang yang telah terkorban ketika cuba menyeberangi laluan berkenaan pada tahun ini meningkat kepada sekurang-kurangnya 52 orang, satu rekod baharu sejak 2018.

Pada 3 September lalu, enam kanak-kanak dan enam dewasa maut, sebelum seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dan tiga orang dewasa maut sebulan kemudiannya selepas bot yang terlebih muatan menghadapi masalah semasa melintasi laluan itu.

Menurut angka yang dikeluarkan oleh Pejabat Dalam Negeri UK, bilangan pendatang yang tiba dengan bot ke negara itu meningkat secara purata sebanyak 53 tahun ini berbanding 13 pada 2020, di mana lebih 26,000 pendatang telah mendarat di pantai negara itu sejak 1 Januari lalu. -Agensi/– HARAKAHDAILY 18/10/2024

– Advertisement –

Scroll to Top