Bayi terjerut kain buaian: Polis sudah rakam percakapan pengasuh

Bayi terjerut kain buaian: Polis sudah rakam percakapan pengasuh

am@hmetro.com.my

Kuantan: Polis sudah memanggil dan merakam percakapan seorang pengasuh berusia dalam lingkungan 50-an susulan kes bayi lelaki 13 bulan cedera akibat terjerut kain buaian di sini.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu enggan mengulas lanjut berhubung status pengasuh terbabit sama ada ditahan atau tidak.

“Kita telah panggil pengasuh dan rakam percakapan. Apa-apa saya akan update (kemas kini),” katanya ringkas menerusi mesej, hari ini.

Terdahulu, ibu kepada bayi lelaki berusia 13 bulan menuntut siasatan lanjut pihak berkuasa, susulan anaknya didakwa cedera akibat terjerut kain buaian di rumah pengasuh.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top