Dilaporkan seorang bayi berusia 1 bulan meninggal dunia di sebuah pusat jagaan berpantang di Kota Bharu kelmarin.
Bayi itu dikatakan tidak sedarkan diri selepas diberikan susu oleh seorang jururawat yang bertugas untuk menjaga bayi tersebut, seterusnya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud mengatakan kejadian berlaku jam 5.30 petang di sebuah pusat jagaan berpantang.
Dalam kejadian itu, mangsa seorang bayi lelaki berusia 30 hari didapati tidak sedarkan diri selepas diberikan susu oleh seorang jururawat sebelum disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke hospital.
Susulan kejadian terbabit, polis menahan jururawat berusia 20-an yang ditugaskan menjaga bayi terbabit jam 6 petang tadi untuk siasatan lanjut.
Justeru itu, PDRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap jururawat itu di Mahkamah Majistret.
Kredit: Harian Metro



