BCL Syukur Ibu Bapa Ashraf Sinclair Terima Suami Baru

BCL Syukur Ibu Bapa Ashraf Sinclair Terima Suami Baru

Penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari meluahkan rasa syukur apabila keluarga Allahyarham suaminya menerima kehadiran Tiko Aryawardhana.

Memetik mStar Online, Bunga berkata dia rasa beruntung kerana kini mempunyai tiga buah keluarga, malah keluarga suaminya juga tidak kisah melihat hubungan baik dengan keluarga arwah.

BACA: Suami BCL Didakwa Gelapkan Wang Syarikat RM1.7 Juta

“Mereka (keluarga Ashraf) menerima Tiko seadanya. Saya juga bersyukur keluarga Ashraf dapat terima kehadiran Tiko. Tidak hanya Tiko, tapi seluruh keluarga dia juga.

“Kalau dilihat semula waktu perkahwinan kami di Bali, saya seperti ada tiga ibu bapa sekarang. Ada ibu bapa saya, ibu bapa Ashraf dan ibu bapa Tiko, semuannya jadi satu keluarga,” katanya.

Sementara itu, Bunga berkata dia masih menjalin hubungan baik dengan keluarga Ashraf kerana rasa kasih sayangnya, malah mereka sering memberi sokongan kepadanya.

“Dulu saya mempunyai hubungan dengan Allahyarham Ashraf sebagai suami isteri. Saya tidak hanya bernikah dan mencintai Ashraf tapi saya menyayangi seluruh keluarganya. Keluarga Ashraf pun sangat baik dengan saya, selalu beri sokongan kepada saya, sekarang menyokong Tiko masuk dalam keluarga kami,” katanya.

Bunga dan Tiko bernikah di Bali Indonesia pada 2 Disember 2023 selepas dua tahun bergelar ibu tunggal. 

Terdahulu, Bunga berkahwin dengan Ashraf Sinclair pada 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Noah Sinclair kini berusia 14 tahun.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top