‘Beberapa minggu lagi’- Pan-gon

‘Beberapa minggu lagi’- Pan-gon

PENGENDALI Selangor FC, Kim Pan-gon meluahkan rasa gembira melihat perkembangan positif yang ditunjukkan pemain sayap Faisal Halim yang kini dalam fasa pemulihan susulan kecederaan yang dialaminya.

Bagaimanapun, pengendali kelahiran Korea Selatan itu menegaskan pemain lincah yang mesra disapa ‘Mickey’ itu masih memerlukan sedikit masa sebelum dibenarkan kembali beraksi di atas padang.

“Mickey menunjukkan perkembangan yang sangat baik dan saya gembira melihat perkembangannya itu.

“Tetapi saya rasa dia memerlukan sedikit masa lagi, mungkin bukan dalam masa terdekat ini sebaliknya dalam tempoh beberapa minggu lagi.

“Saya menjangkakan dia boleh kembali dalam beberapa minggu akan datang. Dia telah meletakkan usaha yang sangat gigih dan pasukan perubatan kita juga banyak memberikan sokongan,” katanya.

Mengulas lanjut, Pan-gon berharap kelibat tonggak berusia 28 tahun itu dapat kembali mewarnai skuad Gergasi Merah dalam aksi akan datang.

“Jadi, selepas beberapa perlawanan seterusnya, saya fikir kita sudah boleh melihat dia kembali beraksi,” ujarnya.

Sebelum ini, Faisal mengalami kecederaan sejurus aksi kedua Kumpulan A menentang Indonesia sekali gus memaksanya melupakan baki saingan kejohanan tersebut selain masih tidak dapat beraksi untuk Selangor untuk beberapa perlawanan.

Scroll to Top