mohamadridzuan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pelakon, Beego tidak dapat hadir ke mahkamah, hari ini bagi sesi laporan majlis Jawatan Kuasa Pendamai (JKP), kes tuntutan penceraian isteri, Linda Hashim terhadapnya.
Peguam yang mewakili Beego, Muhamad Akmal Amzan berkata, anak guamnya tidak hadir ke mahkamah kerana tidak sihat.
“Beego hubungi saya pagi tadi beritahu dia tak dapat hari ini kerana tidak sihat. dan kedengaran suara dia serak-serak basah. Mungkin kerana batuk dan selsema,” katanya.
Akmal berkata, kes ini dijangka akan dibawa ke proses hakam, namun anak guamnya masih menaruh harapan untuk menyelesaikan masalah ini dengan cara baik.
“Kalau dapat selesai cara damai kita cuba. Kalau tidak kita cuba cara persetujuan bersama. Kalau ikutkan Beego belum bersedia untuk bercerai.
Terdahulu, Linda atau Norhazlinda Hashim, 41, yang hadir bersama peguamnya, Nurul Fadzilah Kamaluddin berkata, dia
mengharapkan agar proses di mahkamah pada hari ini dapat diselesaikan secara baik.
“Linda mengharapkan hari ini selesai. Tak payahlah sampai hakam. Tapi andai tak boleh kita ikut sahaja sampai selesai,” katanya ditemui ketika tiba di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.
Pada 23 April lalu, Linda dan Beego selesai melakukan proses JKP berhubung kes perceraian mereka.
Linda melantik bapa saudaranya, Johaini Ariff, sebagai wakil JKP, manakala Beego memilih ibunya sebagai wakil.
Mahkamah kemudiannya mahkamah menetapkan 30 Jun sebagai tarikh mendengar laporan JKP sebelum ditunda ke hari ini.
Terdahulu, Linda memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, awal Januari lalu atas alasan sudah tiada persefahaman.
Pada Mei 2023, Linda dan Beego hadir ke mahkamah sama bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.
Hal itu berikutan mereka mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023 selepas bercerai pada 27 Mac tahun sama.
Linda pernah mendedahkan, mereka pernah bercerai buat kali kedua hanya selepas beberapa bulan kembali rujuk pada April 2023.
Bagaimanapun, mereka tidak mendedahkan perkara itu kerana bimbang dianggap mempermainkan institusi perkahwinan.
Untuk rekod, Linda dan Beego atau nama sebenarnya,Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, mendirikan rumah tangga pada Jun 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.
© New Straits Times Press (M) Bhd




