Oh! Tidak
Rumah Cikgu Chandra diserang lagi pagi tadi apabila sekumpulan individu datang membuat ugutan di kediamannya.
Isu melibatkan aktivis S Chandrasegaran atau lebih dikenali sebagai Cikgu Chandra nampaknya masih belum reda. Pagi tadi, rumahnya sekali lagi didatangi sekumpulan individu termasuk seorang bekas ahli politik yang juga pempengaruh media sosial.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku sekitar jam 8.15 pagi apabila mereka datang ke kediaman Cikgu Chandra dan dikatakan membuat ugutan, sekali gus mencetuskan situasi tegang di kawasan perumahan tersebut.
Bekas ahli politik datang buat ugutan di kediaman

Menurut Cikgu Chandra, kejadian itu berlaku hampir setengah jam dan keadaan ketika itu agak tegang apabila kumpulan terbabit bertindak agresif serta melakukan provokasi di rumahnya.
Kejadian berlaku hampir setengah jam apabila mereka bertindak agresif dan melakukan provokasi. Bagaimanapun keadaan terkawal kerana polis pun menjaga kawasan perumahan saya bagi mengelak insiden tidak dikenali terjadi.- Katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Cikgu Chandra tetap dengan pendiriannya untuk terus tinggal di kediaman tersebut walaupun berdepan beberapa insiden sebelum ini.
Polis juga dilaporkan sudah membuka dua kertas siasatan berhubung kejadian khianat dan ugutan jenayah yang berlaku di kawasan perumahan Taman Kinrara, Puchong.
Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar memaklumkan bahawa insiden pertama disiasat di bawah Seksyen 427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan kes khianat serta ugutan jenayah.
Kes khianat kenderaan turut disiasat

Dalam perkembangan sama, satu lagi kertas siasatan turut dibuka melibatkan kejadian khianat menggunakan api yang membabitkan sebuah kenderaan di lokasi sama.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan bagi mengenal pasti pihak yang terlibat dan tindakan lanjut yang boleh diambil.
Pssttt! Ohmedia harap semua pihak dapat bertenang dan serahkan perkara seperti ini kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut. Kadang-kadang tindakan terburu-buru hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




