Bekas Banduan Dedah PU Azman Setiap Hari Beri Tazkirah Di Penjara Kajang

Bekas Banduan Dedah PU Azman Setiap Hari Beri Tazkirah Di Penjara Kajang

Seorang bekas banduan tampil berkongsi keadaan penceramah bebas, PU Azman ketika menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Menerusi sebuah hantaran di TikTok yang dimuat naik oleh Hin Othman, individu yang dipenjara selama empat bulan itu berkata PU Azman atau nama lengkapnya, Azman Shah Alias, 42, setiap hari berdakwah dengan menyampaikan tazkirah.

“PU Azman ‘sporting’, hari-hari bagi tazkirah macam dekat dalam studio. Kita dekat sana tercengang tengok.

“Seronok la artis, dekat sana kita macam kawan-kawan. Tak kiralah kamu menteri ke, tukang cuci ke, semuanya sama,” katanya.

@im_hin_othman

Pengalaman masuk penjara kajang 4 bulan #najib #najibrazak #fyppppppppppppppppppppppp #fyp

♬ original sound – Hin Othman – Hin Othman

Imbas kembali, pada 27 September lalu Pu Azman dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang setelah didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun iaitu pada dua tahun lalu.

Sementara itu, pada 6 Disember 2024 Mahkamah Majistret Klang turut menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan terhadap PU Azman selepas dia mengaku bersalah atas kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki berumur 18 tahun, dua tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Peguam Perjelas PU Azman Tetap Jalani Hukuman Penjara Serentak Selama 24 Tahun

Scroll to Top