Trending
Betul ke Rossa Sera penyondol seperti yang didakwa Fara Salleh? Ini respon balas Rossa Sera.
Drama antara pelawak Shuk Sahar dan isterinya, Fara Salleh, kembali hangat apabila netizen mula menggali semula kisah silam mereka.
Lebih memburukkan keadaan apabila Fara mendakwa Rossa Sera juga ‘penyondol’ apabila berkahwin dengan suami orang selepas berpisah dengan Shuk.
“Keluarga suami dan anak-anak sambung Sera sangat baik”
Memberi respon di Instagram, Rossa berkata hubungannya dengan anak-anak tiri, keluarga mentua serta bekas isteri suaminya baik-baik je.
Dia enggan mengulas lanjut tuduhan yang dibuat Fara dan meminta netizen menilai sendiri perkara sebenar.
Dalam laporan mStar pula, Rossa Sera memilih untuk tidak masuk campur dalam konflik yang berlaku di antara bekas suaminya dan Fara Salleh.
Saya tak ambil tahu dan terlibat apa-apa. Saya dah ada suami dan anak. Apa mereka buat tiada kaitan dengan saya.
Rossa yang kini mempunyai seorang anak hasil perkahwinan terbaru memilih untuk menjaga hati suaminya.
“Saya sayang suami dan anak-anak sekarang”
Saya sayang suami dan anak-anak sekarang. Harap semua faham. Saya perlu jaga hati suami.
Rossa Sera turut merayu agar orang ramai tidak menghantar mesej negatif kepadanya kerana dia langsung tidak mahu mengeruhkan keadaan.
Pssttt! Dalam situasi yang semakin hangat ini, tindakan Sera yang memilih untuk berdiam dan tidak membalas kenyataan Fara dilihat sebagai langkah yang bijak demi keharmonian rumah tangganya.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.





