Bekas isteri tuntut harta pusaka
SOALAN
Sebagai bekas isteri yang kematian suami bolehkah saya menerima harta pusaka suami saya kerana mungkin adik beradiknya mempertikaikan?
Isteri keliru
Mentakab, Pahang.
JAWAPAN
Apabila terputus hubungan dengan suami kemudian suami meninggal dunia dalam keadaan tiada hubungan dengan puan, maka puan tidak ada kelayakan menerima faraid.
Pilih nama anak
SOALAN
Bagaimana cara memilih nama anak yang digalakkan dalam syarak?
Hidayah
Selangor
JAWAPAN
Pilihlah nama yang tidak membawa makna yang tidak baik. Pilihlah nama para Anbiya atau nama para sahabat nabi Muhammad SAW.
Menderma pada sindiket pengemis
SOALAN
Saya ingin menderma kepada pengemis tetapi bimbang mereka didalangi sindiket yang berleluasa. Apa nasihat ustaz?
Ilham
Kucai, Kuala Lumpur
JAWAPAN
Tidak ada salah menderma kepada pengemis walaupun tuan ada syak pengemis itu didalangi sindiket. Yang penting niat untuk bersedekah. Namun kalau ada waswas, bersedekahlah pada anak yatim, orang miskin, tabung pembinaan surau, masjid dan sebagainya.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]
