Bekas Kekasih Ammar Alfian Dedah Bukti Dibelasah -“Berapa Kali Kau C*kik Aku, Sampai Pengsan! Lepastu Tamp*r Aku”

Bekas Kekasih Ammar Alfian Dedah Bukti Dibelasah -“Berapa Kali Kau C*kik Aku, Sampai Pengsan! Lepastu Tamp*r Aku”

Seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai bekas teman wanita kepada pelakon Ammar Alfian tampil mendedahkan beberapa bukti berupa foto dan mesej peribadi, bagi mendedahkan sikap sebenar aktor tersebut.

Wanita itu berkata, dia nekad bersuara selepas tidak mahu terus hidup dalam ketakutan.

Dakwa wanita yang dikenali sebagai Qhaisha, 26, dia mengaku sering menjadi mangsa serangan fizikal dan mental yang dilakukan oleh Ammar termasuklah dipaksa menandatangani perjanjian palsu.

“Saya lalui benda ni dah lama. Saya dah masak. Saya tahu buat benda betul-betul but dia akan manipulasi saya sampai saya fikir perkara itu jadi adalah disebabkan saya.

“Sampai saya rasa saya gila dan tak tahu apa itu realiti. Saya tahu apa dia buat itu salah tapi, dia akan buatkan saya fikir tindakannya itu adalah betul untuk saya.

“Kontrak palsu itu dia sendiri yang cakap dekat saya yang Zane (bekas kekasih merangkap pengurus) tulis dan buat semuanya apa yang saya buat hanyalah tandangan sahaja.

“Masa kantoi kontrak itu palsu dan saya  nak buat laporan polis Ammar telefon dan cakap saya bodoh dan tak matang,” katanya.

Terbaharu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar, mengesahkan bahawa laporan polis telah dibuat oleh seorang wanita yang mendakwa dicederakan oleh teman lelakinya di sebuah kondominium di Damansara, Petaling Jaya, pada Isnin.

Ammar sebelum ini juga pernah dikaitkan dengan insiden kekerasan terhadap wanita, termasuk tuduhan pada Julai tahun lalu.

Namun, dia menafikan tuduhan tersebut selain menganggapnya sebagai keterlaluan dan hanya kerana dia sering membawa watak antagonis dalam drama dan filem yang dilakonkannya.

ARTIKEL BERKAITAN:Ammar Alfian Buka Mulut Dakwaan Tumbuk Kekasih – “Tahulah Muka Aku Jahat, Berlakon Pun Jahat”

ARTIKEL BERKAITAN:Ammar Alfian Nafi Tuduhan P*kul Wanita – “Cukup-Cukuplah Jadikan Saya Mangsa Cerita Lama!”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIRAL] “Lelaki Dalam Video Lucah Itu Bukan Saya Tapi….” – Ammar Alfian

Scroll to Top