Bekas kekasih nak kahwin? Erra Fazira luah rasa teruja dan gembira

Bekas kekasih nak kahwin? Erra Fazira luah rasa teruja dan gembira

Penyanyi dan pelakon jelita, Erra Fazira memberitahu dirinya mendoakan yang terbaik buat ‘bekas kekasihnya’, Shahir Zawawi apabila mendapat tahu jejaka itu bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Menurut laporan Harian Metro, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek meluahkan keterujaan selain mengucapkan tahniah atas berita gembira yang diterimanya itu.

“Saya ada menghubunginya sebaik saja menerima perkhabaran gembira itu. Saya mengucapkan tahniah kepadanya.

“Semestinya saya teruja dan gembira apabila terbaca berita gembira itu. Lantas, saya terus menanyakan kepadanya dan dia menceritakan sepenuhnya kepada saya.”ujar Erra.

Biarpun selebriti berusia 48 tahun ini tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kisah percintaannya dengan Shahir, Erra mengakui sebelum ini mereka berdua mempunyai hubungan yang rapat dan baik.

“Saya masih mengekalkan hubungan baik dengan rakan-rakan lama, yang mana biarpun tidak berjodoh, namun tidak bermasam muka.

“Apabila mendengar khabar baik mereka, semestinya kita turut gembira,” katanya lagi.

Dan, sehingga kini mereka masih berkomunikasi selain mengatakan dia yakin bahawa Shahir yang juga seorang penyanyi sudah bersedia untuk melayari alam rumah tangga.

Untuk makluman, Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi  bakal melangsungkan pertunangan dengan kekasihnya pada pertengahan Julai dan merancang untuk berkahwin pada tahun ini.

Sumber: Harian Metro (Zaara Talita , Sudirman Mohd Tahir)