Bekas Menteri Desak Petronas Ambil Tanggungjawab Penuh

Bekas Menteri Desak Petronas Ambil Tanggungjawab Penuh

Oh! Negara

Yeo Bee Yin gesa Petronas bertanggungjawab atas insiden letupan paip gas Putra Heights.


Korang ingat lagi tak dengan Insiden letupan paip gas dekat Putra Heights? Kes bagaimanpun masih dalam siasatan lagi dan bekas Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin nampaknya turut bersuara.

Katanya, Petronas perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kejadian yang telah menyebabkan kerosakan besar serta mencederakan orang awam.

Sebagai pemilik saluran paip itu, Petronas sepatutnya memastikan semua aset mereka diselenggara dalam keadaan baik.

Yeo menegaskan bahawa keadaan bawah tanah tidak boleh dijadikan alasan atas kegagalan struktur berskala besar seperti ini.

Keadaan bawah tanah tidak seharusnya menjadi alasan untuk kegagalan struktur berskala besar dengan magnitud ini. Oleh itu, Petronas perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kerugian akibat kebakaran Putra Heights.- Katanya lagi.

JKKP sahkan paip ikut spesifikasi tapi keadaan tanah jadi punca masalah…

Paip Gas Putra Heights

Walaupun desakan agar Petronas bertanggungjawab sepenuhnya semakin kuat, laporan awal oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mendedahkan bahawa paip gas yang meletup memenuhi spesifikasi teknikal.

Keadaan tanah yang lemah menyebabkan paip bergerak berulang kali sehingga menimbulkan tekanan berulang dan garis keletihan pada permukaan paip.

Namun, menurut Pengarah Bahagian Keselamatan Petroleum JKKP, Husdin Che Amat, keadaan tanah bawah paip yang lembut dan lembap dikenal pasti sebagai faktor utama kejadian.

Kerosakan fizikal punca kebocoran dan letupan paip..

Tambah Husdin lagi, tekanan berulang ke atas paip akhirnya menyebabkan kerosakan fizikal yang membawa kepada kebocoran gas dan seterusnya mencetuskan kebakaran.

Analisis metalografi turut menunjukkan lebihan tegangan menjadi punca utama kegagalan dan kerosakan ini berkembang secara perlahan sehingga menyebabkan kegagalan ductile yang melepaskan gas dan mencetuskan kebakaran.- Katanya semasa sidang media khas semalam.

Sidang media itu turut dihadiri Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, sebagai sebahagian daripada pembentangan hasil siasatan penuh terhadap kejadian tragik itu.

Pssttt! Letupan paip gas ini bukan saja menimbulkan trauma kepada penduduk sekitar, tapi juga timbulkan persoalan besar tentang keselamatan infrastruktur penting di negara kita. Apa pun hasil siasatan teknikal, rakyat berhak tahu siapa yang patut bertanggungjawab dan yang lebih penting, apa langkah pencegahan seterusnya.

Kredit: Malaysiakini
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top