Negara dikejutkan dengan berita pemergian bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pada usia 86 tahun pagi ini.
Menurut laporan Berita Harian, berita duka ini disahkan oleh peguamnya, Datuk Dr. Gurdial Singh Nijar.
Difahamkan, Allahyarham Tun Daim menghembuskan nafas terakhirnya ketika menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya.
Pemergian beliau meninggalkan kesan mendalam buat seluruh rakyat Malaysia, terutamanya dalam kalangan pemimpin dan pakar ekonomi yang menghargai sumbangannya.
Tun Daim dua kali menjawat jawatan Menteri Kewangan

Tun Daim dikenang sebagai tokoh yang pernah menjawat jawatan Menteri Kewangan Malaysia sebanyak dua kali di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Kali pertama beliau dilantik pada tahun 1984 hingga 1991, dan kali kedua pula pada 1999 hingga 2001.
Tun Daim memainkan peranan penting dalam memperkukuh ekonomi Malaysia, termasuk ketika negara berdepan dengan krisis ekonomi Asia pada tahun 1997.
Bukan tu jer, beliau juga dikenali dengan pendekatan tegasnya dalam mengurus ekonomi negara dan melaksanakan pelarasan struktur demi kestabilan jangka panjang.
Jasa Tun Daim dalam ekonomi Malaysia

Antara jasa terbesar Tun Daim adalah kemampuannya dalam menangani pelbagai cabaran ekonomi, termasuk langkah-langkah penting yang diambil untuk mengawal krisis kewangan.
Sumbangannya diiktiraf sebagai satu legasi dalam sejarah ekonomi Malaysia, yang telah membantu meletakkan asas yang kukuh bagi perkembangan ekonomi negara.
