Tehran: Bekas menteri luar Iran, Kamal Kharazi, meninggal dunia pada Khamis akibat luka yang dialami dalam serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel pada 1 April, lapor media Iran.
Kharazi, 81, berkhidmat sebagai ketua Majlis Strategik untuk Hubungan Antarabangsa, yang menjadi sebahagian daripada kementerian luar.
Diplomat veteran itu, “yang cedera dalam serangan pengganas yang dilakukan oleh musuh Amerika-Zionis beberapa hari yang lalu, meninggal dunia sebagai syahid malam ini”, lapor agensi Mehr dan Isna di Telegram.
Isterinya terbunuh dalam serangan di rumah mereka di Tehran, lapor media.
Kharazi ialah utusan Iran di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York dan kemudian menjadi menteri luar dari tahun 1997 hingga 2005, di bawah presiden reformis Mohammad Khatami.
Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei dan beberapa tokoh tertinggi tentera dan politik terbunuh dalam serangan sejak perang Timur Tengah bermula dengan serangan AS-Israel pada 28 Februari.
© New Straits Times Press (M) Bhd




