Bekas PA Dakwa Yusuf Bahrin Tak Bayar Gaji?

Bekas PA Dakwa Yusuf Bahrin Tak Bayar Gaji?

Sejak beberapa hari lalu, berita perceraian pasangan selebriti Yusuf Bahrin bersama penyanyi Zizi Kirana menjadi perhatian ramai.

Timbul pelbagai spekulasi sehingga ada yang mengaitkan punca keretakan rumah tangga pasangan itu disebabkan aktres, Alya Iman.

BACA: Netizen Dakwa Alya Iman Jadi Punca Cerai, Yusuf Bahrin Mahu Ambil Tindakan

Tidak hanya berdiam diri, Yusuf berkata dia mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan serta memberi amaran agar ianya dipadam dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.

Namun komen seorang individu ini turut menjadi perhatian apabila mendakwa dirinya merupakan bekas pembantu peribadi kepada Yusuf.

Dalam komen balas berkenaan, individu itu bertanya sama ada aktor tersebut masih ingat akan dirinya serta mendakwa masih belum menerima gaji daripada Yusuf sejak beberapa tahun lalu.

“Ingat saya lagi bang, saya pernah jadi PA abang beberapa tahun yang lalu… masih ingat gaji saya? Biasalah bang Yusuf, hidup ni kadang di atas, kadang di bawah,” dakwanya.


Scroll to Top