Bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan kini menjadi tumpuan selepas beliau bersama dua isterinya ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Penahanan itu dibuat bagi membantu siasatan projek tender perolehan Tentera Darat Malaysia.
Difahamkan, kenderaan yang membawa mereka tiba di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya sekitar jam 3 petang sebelum tangkapan dilakukan. Mereka antara lima individu yang disiasat dalam kes ini.
Sepasang suami isteri lain turut ditahan

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, selain bekas Panglima dan dua isterinya, turut ditahan ialah sepasang suami isteri yang disyaki bersubahat dalam kes kehilangan wang RM2.4 juta.
Sehingga 7 petang kita telah menahan Panglima Tentera Darat (bekas), yang kedua dua wanita yang merupakan isterinya dan yang ketiga semalam kita ada menahan seorang lelaki Melayu bersama isterinya disyaki bersubahat melarikan RM 2.4 juta.- Katanya.

Kesemua mereka kini berada dalam tahanan SPRM bagi membantu siasatan lanjut. SPRM memaklumkan bahawa pihaknya akan memohon perintah reman terhadap bekas Panglima bersama dua isterinya pada hari esok. Ini bagi membolehkan siasatan berjalan secara menyeluruh dan terperinci.
Sebelum ini, beliau dijadualkan hadir memberi keterangan pada 28 Disember lalu tetapi tidak hadir kerana dimasukkan ke hospital.
Akaun bank turut disita

Siasatan awal SPRM bermula sejak 23 Disember lalu selepas pegawainya hadir ke Kementerian Pertahanan. Ia dipercayai berkaitan beberapa projek perolehan Tentera Darat bermula tahun 2023. Pada 29 Disember, SPRM turut menyita enam akaun bank milik pegawai berkenaan dan ahli keluarganya.
Dua hari sebelum penahanan itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan bahawa Tan Sri Muhammad Hafizuddeain telah diarahkan bercuti serta-merta. Arahan itu dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan tanpa gangguan.
Pssttt! Ohmedia harap korang ambil pengajaran daripada kes ni. Pangkat tinggi tak menjamin bebas dari siasatan. Kalau ada penyelewengan, pasti akan terbongkar juga.
Kredit: Buletin TV3
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




