
Allahyarham Rosli Ishak (berdiri belakang sekali paling hujung dari kanan) ketika menyarung jersi skuad Malaysia era 80-an. Foto: Terengganu FA
KUALA TERENGGANU – Bekas penyerang kebangsaan dan jaguh bola sepak Terengganu, Rosli Ishak, 63, meninggal dunia di kediamannya di Sungai Kerak di Marang, pagi semalam.
Berita sedih itu dikongsi bekas rakan sepasukannya Othman Mohd Khair, 63, yang sama-sama beraksi pada era 80-an.
Othman berkata, Allahyarham yang pernah menyarung jersi skuad Malaysia B meninggal dunia setelah tujuh tahun terlantar akibat angin ahmar.
“Arwah terkenal dengan tandukan berbisa dan selalu memenangi perebutan bola di udara.
“Sebagai bekas rakan sepasukan tentunya saya amat bersedih dan amat terasa kehilangannya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Othman berkata, Allahyarham meninggalkan seorang balu Maziah Yong, 62, dan tujuh anak.
Jenazah Rosli telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Marang selepas solat Asar petang semalam.- Bernama
Ā
Ā