Bekas pemandu van kilang terlepas hukuman gantung

Bekas pemandu van kilang terlepas hukuman gantung

am@hmetro.com.my

Ayer Keroh: Seorang bekas pemandu van kilang terlepas hukuman gantung dan dipenjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, kerana mengedar dadah berbahaya jenis kanabis seberat 470.33 gram, empat tahun lalu.

Tertuduh, Ramlan Mohammed mengatakan ditangkap di luar kereta di belakang bonet, tidak melihat pemeriksaan dan kemungkinan dianiaya oleh polis, tidak cuba melarikan diri, hanya tahu bungkusan berisi dadah ketika di balai polis, selain tiada cap jarinya pada bungkusan dadah itu.

“Pendakwaan pula menghujahkan, antaranya semasa ditangkap sebelah kaki tertuduh masih di dalam kereta, gagal panggil penama Syafik beri keterangan, kereta itu dipandu selama sejam oleh polis ke balai dan tidak rosak seperti didakwa,” katanya ketika memberikan penghakiman di akhir kes pembelaan, hari ini.

Mohd Radzi berkata, keseluruhannya, mahkamah berpendapat, keterangan tunggal tertuduh tidak dapat menimbulkan keraguan munasabah berhubung akses terhadap kereta oleh individu lain termasuk Syafik.

“Adalah mencurigakan tertuduh menyatakan Syafik adalah kenalannya dan beberapa kali meminjam kereta itu, namun tidak dipanggil sebagai saksi pembelaan bagi menyokong keterangannya.

“Syafik dikatakan boleh mengambil kunci kereta itu pada bila-bila masa daripada anak-anaknya di rumahnya, namun tiada seorang ahli keluarga tertuduh dipanggil memberi keterangan.

“Selain itu, anak tertuduh yang juga Saksi Pendakwaan (SP) ke-9, pula tidak dapat mengesahkan Syafik datang mengambil kunci kereta sebelum kejadian,” katanya sambil menambah, keterangan tertuduh juga tidak seragam sama ada anak atau Syafik yang menggunakan kereta hingga kotor.

Ramlan sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 bersama-sama rakannya yang sudah dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan mengedar dadah kanabis seberat 470.33 gram di dalam kereta Proton Gen-2, di Jalan CJ 6, Taman Cheng Jaya, pada 6 Februari 2020, kira-kira jam 6 petang.

Sepanjang perbicaraan, 10 SP dipanggil memberi keterangan, manakala tertuduh saksi tunggal pembelaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top