Bekas ahli GISBH telah membuat pengakuan mengenai kehidupan mereka sebelum ini yang dianggap tidak normal sebagai manusia biasa.
Beliau yang ingin dikenali sebagai Azhar (bukan nama sebenar) mendakwa pengikut GISBH didoktrin agar taksub ketua kumpulan mereka yang akan menjadi penyelamat di dunia dan akhirat.
Berpuluh tahun tunggu Imam Mahdi, tapi tak muncul-muncul. Mereka tetap setia dengan ketua dan pemimpin selepas setiap hari kena doktrin.
Selain itu, pengikut juga perlu mengagungkan pemimpin kumpulan itu melebihi segala kononnya mereka satu-satunya jemaah yang didekati Imam Mahdi dan Rasulullah.
Kesimpulannya, ramai pengikut GISBH didoktrin dan mahu kejar akhirat serta hendak menjadi tentera Imam Mahdi.





