Bekas penyampai berita RTM meninggal dunia

Bekas penyampai berita RTM meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas penyampai berita RTM, Zaini Yuhyi meninggal dunia malam tadi.

Berita sedih itu disahkan oleh adiknya, Zuhri Yuhyi di laman Facebook miliknya.

“Dengan penuh rasa dukacita, kami ingin memaklumkan bahawa Zaini Yuhyi (my eldest brother) yang dikasihi telah kembali ke rahmatullah malam ini pada jam 8 malam.

“Jenazah akan dibawa ke Masjid Kota Damansara sekitar jam 9.30 pagi untuk dimandi, dikafan, dan solat jenazah,” tulisnya hari ini.

Zuhri menambah, solat jenazah akan diadakan di Masjid Kota Damansara sejurus selepas solat Zohor, hari ini.

“Pengebumian akan dilaksanakan di Tanah Perkuburan Kota Damansara, Seksyen 9, sejurus selepas itu.

“Kami amat menghargai doa dan sokongan anda semua dalam saat yang sukar ini,” katanya. – MalaysiaGazette

Scroll to Top