Bekas Timbalan Menteri Pertahanan Rusia dipenjara 13 tahun kerana rasuah

Bekas Timbalan Menteri Pertahanan Rusia dipenjara 13 tahun kerana rasuah
Ivanov didapati bersalah menggelapkan lebih 4 bilion rubel (AS$51 juta). Foto AFP

Ivanov didapati bersalah menggelapkan lebih 4 bilion rubel (AS$51 juta). Foto AFP

MOSCOW – Sebuah mahkamah di Moscow pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap bekas Timbalan Menteri Pertahanan Rusia, Timur Ivanov atas kesalahan penyelewengan.

Mahkamah dalam satu kenyataan berkata, Ivanov didapati bersalah menggelapkan lebih 4 bilion rubel (AS$51 juta).

Mahkamah turut mengenakan denda sebanyak 100 juta rubel (AS$1.27 juta) terhadap Ivanov serta merampas harta bernilai 2.5 bilion rubel (AS$31 juta).

Ivanov telah ditahan pada April 2024 atas tuduhan rasuah.

Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertahanan pada 2016. – Bernama

 

 

Scroll to Top