Pelakon Zara Zya memilih untuk tidak mengambil serius berhubung kenyataan usahawan Datuk Seri Khazrul Elzey yang menyatakan kesediaannya menjadikan aktres itu sebagai isteri.
Memetik laporan mStar, menurut Zara, hubungan serta pertemuan mereka sebelum ini hanyalah berkaitan urusan kerja dan tidak melibatkan sebarang perkara peribadi.
Bertemu untuk urusan kerja

“Tidaklah serius sampai ke tahap itu.
“Kami baru pertama kali berjumpa dan berkenalan pun atas urusan kerja,” katanya ringkas.
Zara mengulas perkara tersebut susulan kenyataan Khazrul serta video yang dikongsikan usahawan berkenaan di media sosial.
Jelasnya, video berkenaan tidak wajar disalah tafsir kerana pertemuan mereka tidak pernah menyentuh soal jodoh.
“Pada hari yang sama saya turut bertemu dengan individu lain dan semuanya atas urusan kerja.
“Mungkin bezanya, orang lain tidak terlalu banyak mengambil gambar dan memuat naik di media sosial,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Tak tolak jika berjodoh, bekas tunang Zarina Anjoulie nafi bercinta dengan Zara Zya
Sebelum ini, Khazrul memberitahu kepada media memaklumkan dia tidak menolak sekiranya ditakdirkan bertemu jodoh dengan Zara.
Malah, bekas tunang kepada pelakon Zarina Anjoulie itu turut memuji keperibadian Zara dan menyatakan kesediaannya untuk mengenali aktres tersebut dengan lebih dekat.
Sumber: mStar (Farol Hadi)



