Bukan sahaja berbakat dalam mengacarakan program dan menghiburkan masyarakat dengan lawaknya, penyampai radio popular, Johan sekali lagi mencuri perhatian.
Menerusi perkongsian video pendek yang dimuat naik di Instagram radio popular itu, Johan kelihatan diberi tugas membaca nama-nama graduan sempena Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ke-52 baru-baru ini.
“Ini dia yang dinanti-nantikan, Johan baca nama graduan.
“Bekpes Hot dapat job baca nama graduan dekat UKM sempena majlis konvokesyen UKM Ke-52,” tulis pada kapsyen berkenaan.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memuji kebolehan pelawak itu.
Malah, ramai yang berpendapat bahawa diberi peluang untuk membaca nama graduan pada majlis konvokesyen adalah pengalaman yang paling bermakna dan tidak dapat dilupakan.


Selain Johan, penyampai Bekpes Hot lain seperti AG, Bidin dan Bell Ngasri juga turut menggalas tanggungjawab sama pada majlis tersebut.
Difahamkan, Hot FM merupakan stesen radio pertama di Malaysia yang melakukan inisiatif turun padang memeriahkan majlis konvokesyen serta membaca nama mahasiswa yang bergaduasi.



