Belanja Foto Berpegangan Tangan, Hubungan Fikry Ibrahim & Isteri Kembali Baik?

Belanja Foto Berpegangan Tangan, Hubungan Fikry Ibrahim & Isteri Kembali Baik?

Selepas memberikan kenyataan rasmi berhubung isu perceraiannya menerusi siaran langsung program Melodi pada Khamis, pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim kembali mencuri perhatian apabila isterinya, Siti Khalizah Alihan bertindak memuat naik foto berpegangan tangan bersama.

Hantaran yang dimuat naik menerusi Instagram itu mengundang tanda tanya ramai pihak yang menanggap hubungan keduanya kembali jernih.

“Terima kasih kepada yang mendoakan kebahagiaan kami,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti bersyukur dan mendoakan agar hubunagn rumah tangga yang dibina pasangan ini berkekalan.

Namun, ada juga segelintir yang menitipkan pesanan agar pasangan ini tidak bertindak mengikut nafsu seperti yang tular dek kerana ia boleh memalukan diri sendiri.

Sebelum ini, Fikry Ibrahim menjelaskan tujuan isterinya, Siti Khalizah Alizan hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada pagi Khamis adalah bagi menarik semula kes tuntutan perceraian yang difailkannya.

Menerusi temu bual bersama program Melodi TV3 yang dikendalikan olehnya bersama selebriti, Ain Edruce, Fikry berkata, dia masih menyayangi isterinya dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.

“Sebenarnya, isteri saya mahu tarik semula kes cuma pihak mahkamah minta tangguhkan.  Kami tiada masalah, biasalah manusia. Selagi saya mampu saya akan pertahankan,” katanya.

Dalam pada itu, Fikry turut menepis dakwaan mengatakan dia terpaksa berkahwin dengan isterinya itu, malah perkahwinan mereka ikhlas dan rasa cinta.

“Kami saling mencintai atas dasar yang ikhlas. Tiada istilah paksaan. Saya tak setuju bila orang luar kata kami berkahwin untuk jaga mak saya. Isteri saya sentiasa ikut saya kemana saya pergi,” jelasnya.

Terdahulu, Peguam syarie Wan Muhammad Afiq Mohd Razib yang mewakilinya memaklumkan, anak guamnya itu telah memfailkan perceraian terhadap aktor itu pada Mei lalu selepas empat bulan mendirikan rumah tangga.

Malah, saman juga telah diberikan secara sempurna kepada pihak defendan.

 

Scroll to Top