Perkongsian pelakon sensasi Ruhainies menjadi perhatian aabila mengenakan gaun tanpa lengan menampakkan lurah dada diperkatakan ramai.
Susulan penampilannya itu, ada segelintir netizen mempertikaikan misi pelakon itu yang mahu berselawat 1,000 kali sehari selama 40 hari.
Bagaimanapun, ada netizen berharap dengan misi selawat tersebut dapat mengubah Ruhainies untuk tampil lebih sopan selepas ini.
Terdahulu, Ruhainies turut mengajak orang ramai terutama golongan wanita untuk sama-sama melakukan amalan berselawat.
“Saya dalam misi selawat 1000 sehari dalam 40 hari. Hari ini baru hari ke-18. Jom buat sama-sama. Kita perempuan kalau cuti pun boleh selawat,” katanya.