Ramadan adalah bulan istimewa bagi umat Islam di seluruh dunia merebut peluang mengerjakan ibadah kepada Allah SWT.
Ini kerana kehadiran bulan suci Ramadan dianggap sebagai hadiah yang indah buat seorang Muslim kerana padanya terdapat kebaikan berlipat kali ganda dan amalan-amalan yang tidak ada di bulan lainnya.
Sudah tentu ramai Muslimin dan Muslimat yang berlumba-lumba ingin melakukan kebaikan serta amal jariah di bulan mulia ini.
Dalam pada itu, tak dinafikan.. Sudah tentu ada pihak yang cuba mengambil kesempatan atas amal kebajikan dilakukan umat Islam di saat ini.
Baru-baru ini, seorang warga Twitterjaya memuat naik beberapa keping poster yang menunjukkan iklan jualan berkonsepkan ‘beli sambil beramal’.
Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian netizen adalah harga yang dipaparkan pada setiap produk makanan tersebut serta ‘claim’ penjual di mana setiap makanan disertai dengan doa dan zikir.
“Terbantut niat aku nak menolong mat.. Rempeyek sebalang RM100!” tulis lelaki tersebut di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut melihat iklan tersebut. Mana tidaknya, sebalang rempeyek berharga RM100 manakala 3 bungkus serunding dan sambal hitam mencecah RM500!
Walaupun menggunakan kaedah ‘beli sambil beramal’, mereka menyifatkan harga setiap produk sebagai tidak masuk akal dan berasa ragu-ragu tentang tindakan penjual berkenaan.
Sumber: Twitter @wan_azril