Belia 4B corak langkah baru, perkasa generasi muda

Belia 4B corak langkah baru, perkasa generasi muda

KUALA LUMPUR – ‘Perkasa generasi muda negara’, itu adalah objektif utama Gerakan Belia 4B (Belia 4B) Malaysia dalam memperjuang agenda memperkasa generasi muda dan membantu dalam pemantapan ekonomi dan taraf hidup golongan itu.

Menurut ahli Majlis Kerja Tertinggi Gerakan Belia 4B Malaysia yang baru dilantik, Datuk Khairul Walid Mohamed, belia perlu digerakkan melalui komuniti setempat dengan melaksanakan program-program dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat kebangsaan.

“Gerakan ini sudah mengadakan mesyuarat agung tahunan bakal memilih kepimpinan baharu untuk menerajui Belia 4B bagi tempoh tiga tahun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Malah gerakan itu, kata beliau perlu sentiasa memantau secara rapat akan perkembangan politik semasa agar tidak lagi di landa kekalutan seperti sebelum ini.

“Ia adalah pengiktirafan yang cukup tinggi, saya kira tanggungjawab yang besar bakal saya pikul bagi meneruskan kesinambungan kepimpinan belia dalam memastikan kestabilan ekonomi negara supaya kita sama-sama menerima faedah khususnya golongan belia,” katanya yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Selayang. – MalaysiaGazette