“Beliau Berkeperibadian Lembut, Bersahaja” – Fahmi Fadzil Berdukacita Dengan Pemergian Dharma Harun Al Rashid | Oh! Artis – Oh! Media

“Beliau Berkeperibadian Lembut, Bersahaja” – Fahmi Fadzil Berdukacita Dengan Pemergian Dharma Harun Al Rashid | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Pelakon veteran, Dharma Harun Al Rashid meninggal dunia malam tadi. Fahmi Fadzil zahirkan rasa dukacita dan kenang pertemuan terakhir mereka.


Pelakon veteran, Dharma Harun Al Rashid pergi menghadap Ilahi malam tadi dan khabar duka ini turut mengundang rasa sedih buat Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Menurut laporan Kosmo, Fahmi meluahkan rasa dukacitanya dan mengimbas pertemuan terakhir mereka pada awal tahun.

Saya berdukacita menerima perkhabaran seniman Dharma Harun Al Rashid telah kembali ke rahmatullah sebentar (malam) tadi.

Beliau seorang yang berkeperibadian lembut, bersahaja dan dihormati ramai.

Ingatan terakhir Fahmi Fadzil

Dharma Harun

Fahmi berkata, pertemuan mereka di majlis penyampaian sumbangan Hari Raya kepada artis veteran di IPPTAR masih segar dalam ingatannya.

Beliau turut mendoakan agar arwah ditempatkan bersama golongan beriman.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Dharma dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman.

Anak jumpa arwah Dharma Harun sudah tidak bernyawa

Dharma Harun

Menurut laporan, Dharma ditemui meninggal dunia sendirian di rumahnya sekitar 9.10 malam.

Berita sedih itu dimaklumkan oleh anak keduanya, Muhammad Al Shafiq yang baru pulang dari Aswara sebelum mendapati bapanya tidak lagi bernyawa.

Allahyarham yang berusia 68 tahun diketahui menghidap beberapa penyakit termasuk asma, bengkak pada jantung dan paru-paru, gastrik dan masalah tiroid.

Pada 2019, Dharma turut mengalami serangan angin ahmar, menyebabkan pertuturannya terjejas dan akhirnya tidak lagi mampu bekerja.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top