Belikan Katil Hospital Untuk Keselesaan Mak Jenny, Nubhan Dipuji Sentiasa Muliakan Ibu – “Tak Mampu Balas Segalanya”

Belikan Katil Hospital Untuk Keselesaan Mak Jenny, Nubhan Dipuji Sentiasa Muliakan Ibu – “Tak Mampu Balas Segalanya”

Penyanyi, Nubhan menyentuh hati ramai apabila berkongsi detik istimewa menghadiahkan katil baharu buat ibunya, yang dikenali sebagai Mak Jenny.

Menerusi perkongsian di TikTok, Nubhan berkongi sebuah video memaparkannya menukar katil lama kepada katil boleh laras yang dilengkapi fungsi seperti katil hospital.

Nubhan menjelaskan katil tersebut bagi memudahkan pergerakan ibunya untuk bangun atau mengubah posisi badan, terutama dengan faktor usia yang semakin meningkat.

“Mak bukan sakit teruk, cuma umur dah makin bertambah. Badan pun tak sekuat dulu dan sekarang makin tak larat.

“Saya memang tak mampu nak balas semua pengorbanan mak, tapi sekurang-kurangnya saya boleh pastikan dia selesa,” katanya.

@nubhan86

Mak bkn sakit teruk. Cuma umur dah makin meningkat… badan pun tak sekuat dulu. Semua yang saya bina hari ni… bermula dari tgn wanita ini. Sekarang mak makin tak larat. Saya x mampu balas segalanya, sekurang kurangya saya pastikan mak selesa. #makjwnny #nubhan #fyp

♬ Sound of flowing water (ASMR) 3D sound(938614) – MN Field Record

Dalam masa sama, Nubhan menyifatkan hadiah katil tersebut sebagai tanda terima kasihnya terhadap Mak Jenny yang sentiasa mendoakan dan memberi restu kepadanya sehingga berjaya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Nubhan seorang anak yang sentiasa mengutamakan ibunya.

Artikel Berkaitan: Dr. Fie Hilang Sabar, Dakwa Nubhan Campak Barang Peribadi Tanpa Belas Kasihan – “Semudah Itu Awak Buang Saya”

Artikel Berkaitan: Dr Fie Gelar Nubhan Gila, Pembantu Rumah Bertindak C*um Bibir Anak Lelaki – “Macam Dia Terpaling Sayang Anak Kita”

Scroll to Top