Oh! Artis
Bella Astillah pilih untuk fokus pada masa depan selepas detik canggung di AMT bersama Sophia Albarakbah.
Walaupun dah seminggu majlis Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025) berlalu, nama Bella Astillah masih lagi jadi buah mulut netizen. Bukan sebab fesyen atau penampilannya malam tu, tapi kerana satu moment di pentas yang kelihatan agak janggal.
Selepas berdiam diri dan cuba mengelak dari menjawab soalan media, Bella akhirnya buka mulut dan berkongsi pandangannya.
Katanya, dia dah fikir masak-masak dan ambil kira pandangan daripada pelbagai pihak sebelum memutuskan untuk tidak memanjangkan cerita.
Selepas hampir seminggu refleksi dan mendengar semua sisi, saya pilih untuk fokus pada kebaikan malam itu dan melangkah ke hadapan.- Tulis Bella.
Bella Astillah bergambar dengan Syed Saddiq…

Dalam hantaran sama, Bella turut berkongsi gambar bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, sambil memegang trofi kemenangan kategori Couple Goal Terhangat.
Bagi Bella, walaupun malam tersebut datang dengan pelbagai rasa, ia tetap menjadi satu memori yang akan diingatinya.
Pelbagai rasa, namun saya tetap anggap ia satu pengalaman yang luar biasa dan akan dikenang.- Katanya.

Untuk yang tak sempat tengok, Bella sebenarnya hadir di AMT2025 sebagai penyampai anugerah Selebriti Feminin Terhangat. Namun, suasana sedikit berubah bila pemenang diumumkan, Sophia Albarakbah. Ini kerana Sophia pernah dikaitkan dengan pelakon Aliff Aziz, bekas suami Bella.
Situasi itu mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial, malah ada yang menganggap ia tak sepatutnya berlaku.
Pssttt! Kadang-kadang hidup ni akan letakkan kita dalam situasi yang tak dijangka dan mungkin rasa janggal. Macam Bella, yang penting kita belajar untuk tenang, fokus pada perkara positif, dan terus melangkah ke depan.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!